| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Kemasyarakatan Keutuhan Minda dan Jati Diri Kembara Bermotosikal Melaka-Endau Rompin Pahang

Sekolah Henry Gurney Melaka telah menganjurkan Program Kemasyarakatan Keutuhan Minda dan Jati diri Kembara Bermotosikal dari Melaka ke Endau Rompin Pahang yang diadakan pada 12 - 14 Mei 2012.


Program turut mendapat kerjasama dari Japerun Telok Mas, Sahabat Belia Negeri Melaka dan JASA Negeri Melaka. Seramai 85 orang peserta menyertai program ini selain dari kakitangan Penjara Negeri Melaka ia juga turut disertai  masyarakat setempat Dun Telok Mas termasuk pasukan JPAM Negeri Melaka serta 4 kakitangan JPJ.


Program yang bertujuan mendekatkan diri antara kakitangan Jabatan Penjara Negeri Melaka dengan dengan masyarakat disamping mengeratkan lagi jalinan silaturahim. Bagi menjayakan program ini YB Datuk Wira Latiff bin Datuk Hj Tamby Chik ADUN Telok Mas merangkap Pengerusi Exco Pelancongan Negeri Melaka turut bersama merasmi  dan melepaskan peserta konvoi kembara bermotosikal yang diketuai  oleh PKP Jamil Razif bin Kassim selaku Pengerusi program dan En Akramuddin bin Abdul Aziz mewakili Japerun Telok Mas.


Antara aktivit-aktiviti selain dari Jungle Tracking dan berkayak peserta turut melibatkan diri dalam program kemasyarakatan dengan mengunjungi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Anggerik di Kuala Rompin. Selain menyampaikan Hamper kepada 32 peserta anak-anak istimewa dibawah penyeliaan Puan Martini bte Ismail, peserta konvoi turut bersama-sama membuat aktiviti senamrobik serta menyaksikan persembahan dari anak-anak istimewa  dan diakhiri acara bergotong-royong. Perserta konvoi kembara bermotosikal ini turut diraikan dengan jamuan makan tengahari dan diserikan lagi dengan kehadiran  YB Kapten (B) Datuk Hj Johari bin Haji Hussin ADUN Kuala Rompin merangkap Pengerusi PDK Anggerik Kuala Rompin.


Peserta Konvoi kembara bermotosikal berlepas pulang ke Melaka pada 14 Mei 2012 dimana sepanjang perjalanan pergi dan balik serta setiap program yang telah diatur dapat dijalankan dengan lancar.

 

""