Pada 17 Mac 2012, bertempat di Pusat Koreksional Perlis, Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kedah dan Negeri Perlis telah dipilih oleh Lembaga Parol untuk menjadi tuan rumah bagi "Program Outreach bersama Yg.Bhg Dato' TKSU(K) KDN" yang dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato' Abdul Rahim Bin Mohd Radzi Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri. Turut hadir Yg.Bhg TKJP Dato' Hj.Hassan Bin Sakimon Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Pengerusi dan Anggota Lembaga Parol KDN, Yang Setia KPj Jamaluddin b. Saad Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan, Pengarah, Pusat Koreksional Perlis, Pengarah, Penjara Pokok Sena, Pengarah, Penjara Alor Setar dan Pengarah-Pengarah Parol Negeri. Turut hadir menjayakan majlis ialah Yg. Berhormat Datuk Seri Dr Shahidan Kassim Pengerusi Yayasan Pok Dan Kassim Negeri Perlis (NGO), Pengarah AADK Negeri Perlis, Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Immigresen Negeri Perlis. Program ini telah berjaya menghimpunkan Seramai 29 ODP, 4 Bekas ODP, 8 Majikan dan 4 NGO. Program ini bertujuan untuk mendekati komuniti ODP, keluarga ODP, bekas ODP yang telah berjaya kembali ke pangkuan masyarakat, badan bukan kerajaan NGO, majikan dan juga agensi kerajaan berkaitan yang telah banyak terlibat di dalam program intervensi semasa ODP menjalani perintah Parol. Sesi dialog bersama Yg. Bhg Dato? TKSU(K) telah berlangsung dengan penglibatan ODP, Bekas ODP, NGO dan Majikan ODP. Seterusnya majlis penyampaian sijil Pernghargaan kepada Bekas ODP, NGO dan Majikan. Terdahulu Yg. Bhg. Dato TKSU(K) telah mepengerusikan Mesyuarat Berkala Pengarah Parol Negeri di Hotel Holiday Villa Alor Setar.
""