Sabtu, 10 Mac 2012, Kumpulan Pelajar Luar Kampus Universiti Utara Penjara Malaysia menganjurkan Program Masih Yang Sayang '4 Penjuru Tembok Penjara' bersama Seksyen Pemulihan & Rawatan Penjara Kluang yang berlangsung dengan penuh bermakna di Dewan Tun Hussin Onn, Sekolah Integriti Kluang.
Penganjuran program ini adalah untuk memberikan motivasi dan semangat untuk penghuni dalam proses pemulihan diri. Penghuni yang terlibat juga telah mempersembahkan sketsa untuk menghiburkan dan menyampaikan mesej positif kepada kumpulan pelajar yang seramai 28 orang pelajar ini.
Program yang telah dirasmikan oleh TPP Mahadzair Bin Che Daud, Ketua Seksyen Pemulihan & Rawatan Penjara Kluang. Hadir sama memeriahkan program adalah En Hamdan Bin Othman, Penyelia Sekolah Integriti Kluang.