Program Jalinan Kasih dan sambutan Perayaan Gawai Dayak Peringkat Penghuni Penjara Pusat Sibu telah diadakan pada 19 Jun 2012. Seramai 14 tetamu jemputan yang terdiri daripada Pegawai Daerah Sibu, Ahli Lembaga Hakim Pelawat, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Sarawak, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Daerah, Pengarah Tenaga Kerja Daerah, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah, Penghulu, Ketua Masyarakat dan Pengetua-pengetua sekolah di sekitar Sibu serta 12 keluarga penghuni untuk perjumpaan bersemuka. Penjara Pusat Sibu juga telah mendapat sumbangan ikhlas berbentuk bahan bacaan dari Lembaga Hakim Pelawat dan Pengetua Sekolah Kebangsaan St. Mary. Kemucak acara tersebut ialah aktiviti memotong kek sempena Hari Ibu dan Bapa serta aktiviti "Ngiling Tikai" iaitu simbolik berakhirnya sambutan Gawai Dayak bagi Penjara Pusat Sibu.
""