19 Jun 2012 (Selasa), Majlis perasmian Mesej Dari Penjara peringkat negeri Kelantan telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri(JPPN), YBhg. Dato' Makhtar bin Mustapha Ahli. Ketibaan YBhg. Dato' Makhtar disambut oleh PKK Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang dan YBhg. Dato' Abdul Aziz bin Nawi, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Negeri Kelantan. Sebelum majlis perasmian, satu ceramah motivasi telah disampaikan oleh PP Mat bin Yaacob, Pengarah Parol Negeri Kelantan kepada pelajar-pelajar dari beberapa buah sekolah menengah di sekitar Jajahan Machang. Di antara pengisian aktiviti pada majlis tersebut ialah persembahan sketsa oleh kakitangan PPA Machang, ceramah jemputan oleh bekas tahanan PPA Machang yang telah berjaya dan Forum "Kembali Ke Pangkuan Masyarakat". Program Mesej Dari Penjara Peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung di Dewan Sebaguna, PPA Machang. Majlis anjuran bersama Jabatan Penjara Malaysia dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Negeri Kelantan ini telah dihadiri oleh pemimpin-pemimpin masyarakat, imam-imam, ketua-ketua jabatan, NGO's dan pelajar-pelajar UiTM Machang serta murid-murid sekolah menengah.
""