Pada 10 Julai 2012 (Selasa), Y.B. Datuk Haji Taufiq bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri kepada Menteri Kewangan, Sabah telah sudi merasmikan Program Mesej Dari Penjara Peringkat Negeri Sabah 2012 bertempat di Kompleks Beli Belah Eastern Plaza, Tawau. Ketibaan Y.B. Datuk Haji Taufiq bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan telah disambut oleh Y.Bhg. KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Hj. Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Y.Bhg. Datuk Francis Yapp, Setiausaha Kehormat Yayasan Pencegahan Jenayah Negeri Sabah, KPj Jamaluddin bin Saad, Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan, PKK Suria bin Hj. Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah, PKP Sazali bin Ismail, Pengarah Penjara Tawau, Ketua-Ketua Institusi Penjara Sabah serta dif-dif jemputan.
Program yang bertemakan 'Sinar Keinsafan' diserikan lagi dengan persembahan pentomen bertajuk 'Pengadilan' dan mesej dari penjara oleh penghuni serta forum yang bertajuk 'Memasyarakatkan Penjara' dipengerusikan oleh Ustaz Mahadzir bin Jamil. Program ini telah berlangsung selama 2 hari bermula 10-11 Julai 2012 iaitu Pameran Produk-Produk Penjara, Kempen Derma Darah, Kempen Derma Organ dan Pameran Kerjaya serta Pendaftaran untuk Sukarelawan Koreksional. Majlis anjuran bersama Jabatan Penjara Malaysia dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Negeri Sabah ini telah dihadiri oleh pemimpin-pemimpin masyarakat, ketua-ketua jabatan, NGO's dan pelajar-pelajar Kolej Komuniti Tawau, Kolej Kejururawatan serta murid-murid sekolah menengah sekitar Tawau.
""