Program Jalinan Kasih sempena Sambutan Hari Ibu dan Bapa telah diadakan pada 19 Julai 2012 di perkarangan Bilik Taklimat Penjara Alor Setar.
Seramai 5 orang penghuni telah dipilih untuk menyertai program Jalinan Kasih ini. Program ini dimulakan dengan acara pertemuan bersemuka di antara penghuni dan ibu bapa masing-masing. Program ini diserikan lagi dengan acara persembahan nyanyian dan deklamasi sajak yang bertemakan Kasih Ibu dan Bapa oleh penghuni.
Acara kemuncak program ialah penghuni dan ibu bapa masing-masing berpeluang memotong dan menyuap kek sebagai tanda kasih sayang.
Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan jalinan silaturrahim di antara ibu bapa dan anak supaya penghuni tidak merasa tersisih apabila mereka kembali ke pangkuan keluarga kelak.
Turut hadir ialah PKP Ahmad Saidi bin Hamzah, Pengarah Penjara Alor Setar dan pegawai-pegawai kanan.
""