Pada 11 Februari 2012 yang lalu berlangsung pertandingan petanque peringkat penjara Sarawak yang diadakan di Padang Petanque, Penjara Pusat Sibu. Pertandingan pada hari tersebut dirasmikan oleh Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKK Abdul Kadir Bin Rais dan diiringi oleh Pengarah, Penjara Pusat Sibu, PKP Hj Mohd Farid bin Hj Kassim. Turut sama hadir pada pertandingan tersebut ialah Setiausaha Kehormat Sukan Penjara Negeri Sarawak iaitu TPP Hamad Bin Seman dan juga Timbalan Penguasa Penjara Pusat Sibu, TPP Tajudin Bin Tungal.
Pertandingan pada hari tersebut disertai oleh 6 pasukan lelaki dan 3 pasukan wanita yang terdiri dari pegawai dari Penjara Pusat Sibu, Penjara Pusat Sri Aman dan Penjara Pusat Miri. Turut sama hadir bagi memeriahkan acara pada hari berkenaan ialah KIP Jack Tutol Abdullah daripada Parol Daerah Sibu dan pegawai pegawai Parol Daerah yang lain.
Pertandingan tamat pada jam 1830 petang yang mana menyaksikan pertandingan bagi kategori lelaki dimenangi oleh Pasukan Miri B, manakala Naib Johan dan tempat ketiga masing masing dimenangi oleh Sibu B dan Sibu A. Bagi Kategori wanita pula dimenangi oleh Sibu C, Naib Johan Sibu D dan tempat ketiga dimenangi oleh Sri Aman C. Aktiviti pada hari berkenaan diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh Pengarah Penjara Negeri Sarawak PKK Abdul Kadir Bin Rais dan juga dimeriahkan dengan jamuan makan malam.
""