| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Mesej Dari Penjara Peringkat Negeri Pulau Pinang Di Kompleks Penjara Seberang Perai

Program Mesej Dari Penjara Peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 7 Disember 2012 bertempat di Dewan Kelab Kompleks Penjara Seberang Perai.  Program ini telah dirasmikan oleh KPj Jamaludin bin Saad, Pengarah Pengurusan Banduan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia.


Atur cara program adalah deklamasi puisi oleh penghuni Penjara Seberang Perai dan Forum Mesej Dari Penjara. PKP Rosoman bin Abu Bakar, Pengarah Penjara Reman P.Pinang merupakan moderator forum tersebut dan ahli panel terdiri daripada Dato? Syed Jaafar bin Syed Ali selaku Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Pulau Pinang, PKK Kamarudzaman bin Hj. Mamat , Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai dan Noor Fairus binti Mat Sidik (Penghuni). Jemputan program ini turut melibatkan pelbagai jabatan dan agensi luar serta sektor Rukun Tetangga sekitar.

 

""