Pada 18 - 20 Disember 2012 Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Rengam Johor telah dikunjungi oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd untuk pengauditan semula bagi persijilan MS ISO 9001:2008 yang akan tamat tempoh persijilan pada 07 Januari 2013. Seramai 3 Juruaudit terdiri dari Puan Everlyn Liew Yuen Chun, Encik Syed Faddly Bin Syed Bahrudin dan Encik Heeza izwan bin Mohd Hassan oleh pihak SIRIM QAS yang hadir bagi menjalankan pengauditan. Selama 3 hari pengauditan dijalankan dan hasil dari proses tersebut, pihak juruaudit SIRIM QAS telah meluluskan Persijilan semula MS ISO 9001:2008 di PPA Simpang Rengam Johor. Mesyuarat Penutupan Audit dan penyampaian cenderahati pada pihak juruaudit telah disempurnakan oleh PP Azman Bin Mohd Ali.
""