| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Kakitangan Bersama Banduan Penjara Pra Bebas Dusun Dato' Murad 1433H

Isnin, 13 Ogos 2012, Penjara Pra Bebas Dusun Dato' Murad telah menganjurkan majlis berbuka puasa kakitangan bersama banduan bertempat di Dewan Makan Banduan. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Program Pembangunan Insan (PPI). Majlis diserikan dengan kehadiran PKP Mohamad Bin Ismail, TPP Mohd Zain Bin Ismail bersama pegawai-pegawai kanan dan kakitangan. Seramai 120 banduan Islam telah terlibat di dalam majlis ini. Majlis dimulakan dengan tazkirah Ramadhan dan bacaan tahlil yang disampaikan oleh Ustaz Kamarulazmi Bin Mohammad dan Ustaz Mukhtar Bin Daud. Majlis berbuka puasa diakhiri dengan solat maghrib berjemaah. Semoga majlis ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.

 

""