| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pameran Inovasi KDN Sempena Karnival Sains Dan Inovasi Zon Timur 2012

Jeli 14 April 2012: Jabatan Penjara Malaysia telah dilantik oleh Kementerian Dalam Negeri(KDN) sebagai penyelaras Pameran Inovasi bagi mewakili  KDN sempena Karnival Sains dan Inovasi Zon Timur 2012. Karnival ini dianjurkan oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi bertempat di Maktab Rendah Sains Mara Jeli, Kelantan bermula 14-15 April 2012. Sebanyak lima Jabatan di bawah KDN telah mengambil  bahagian dalam acara ini iaitu Jabatan Penjara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pertahanan Awam dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Sebanyak  sembilan produk inovasi di bawah KDN dipamerkan bagi tatapan para pengunjung antaranya Inovasi Program Pemulihan Pemasyarakatan,  Inovasi Pakaian Kalis Peluru, Inovasi Pendaftaran Kad Pengenalan Baru, Inovasi Pengurusan Fail, Inovasi Bot Penyelamat, Inovasi Pengilat Kasut, Inovasi Pemungut Bola Tenis dan Bola Golf, Inovasi  Penghasilan Makanan Ternakan serta Inovasi Tandas Mudah Alih untuk Banduan OKU.



Y.B Dato' Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Jeli telah sudi meluangkan masa merasmikan Karnival Sains dan Inovasi Zon Timur 2012 serta mengunjungi booth pameran sempena karnival tersebut. Majlis perasmian turut dihadiri oleh Tuan Haji Hidayat Mohd. Noor Wakil KDN serta PKK Muhammad Zuki bin Muhammad Zain Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan. Ibu Pejabat Penjara Malaysia merakamkan ucapan penghargaan kepada seluruh warga Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan atas segala daya usaha membantu  Jabatan selaku penyelaras KDN dalam menjayakan acara tersebut. 

 

""