Khamis, 12 April 2012, Persatuan Suara Kanak-Kanak (SUKA) Malaysia dengan kerjasama Seksyen Pemulihan & Rawatan, Penjara Kluang menganjurkan Program Seminar Dan Terapi Kepada Juvana yang berlangsung di Dewan Tun Hussin Onn, Sekolah Integriti Kluang.
Penganjuran program yang dikendalikan oleh En Thavamany Gopal, Koordinator Projek Program Seminar Dan Terapi Kepada Juvana adalah untuk memberikan motivasi dan semangat untuk pelajar dalam proses pemulihan diri. 30 orang pelajar yang mengikuti program ini memberikan maklumbalas positif dan kesungguhan semasa sesi berlangsung iaitu bermula 10 hingga 12 April 2012.
Program yang telah dirasmikan oleh TPP Mahadzair Bin Che Daud, Ketua Seksyen Pemulihan & Rawatan Penjara Kluang. Hadir sama memeriahkan program adalah En Hamdan Bin Othman, Penyelia Sekolah Integriti Kluang.
""