Penjara Limbang, 13 April 2012 - Penjara Limbang telah menerima lawatan Amalan 5S daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Limbang yang melibatkan 24 orang warga kerja Jabatan tersebut. Di samping itu, lawatan ini dibuat sebanyak 2 sesi iaitu pagi dan petang. Program lawatan ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Penjara Limbang, Penolong Komisioner Penjara Charin Promwichit dan diteruskan lagi dengan sesi taklimat oleh Setiausaha Induk Amalan 5S iaitu IP Agnes Leha Merdu. Selesai sesi ceramah dan soal jawab, rombongan telah dibawa melawat ke Pejabat Pentadbiran Luar, Stor Utama dan Unit Rekod. Lawatan ini memberi banyak input yang berguna kepada kakitangan tentang amalan 5S selain mengeratkan silaturahim antara 2 jabatan.
""