Pada 23 April 2012 satu lawatan bagi melihat perlaksanaan Program Sayembara Alunan Gurindam (Terapi Muzik) telah diadakan di Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu, Negeri Sembilan yang diketuai oleh PKK Nik Mohamad Faidza Bin Nik Jaafar bersama pegawai dari Bahagian Pemulihan Dan Rawatan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia serta wakil dari setiap Institusi penjara yang terlibat iaitu Penjara Seberang Perai, Penjara Marang, Penjara Kajang dan Penjara Simpang Renggam. Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat berkaitan Perlaksanaan Terapi Muzik dan Pembentangan Modul yang digunapakai di Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu, Negeri Sembilan. Taklimat ini telah disampaikan oleh TPP Zool Fadli Bin Ismail. Acara seterusnya menyaksikan persembahan serta perkongsian pembelajaran yang diperolehi oleh penghuni sepanjang mengikuti Terapi Muzik ini.
""