Penjara Alor Setar telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 10 September 2011 bersamaan 12 Syawal 1432 H di perkarangan Rumah Rehat Penjara Alor Setar. Sambutan ini yang diadakan pada setiap tahun bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara kakitangan dan keluarga di institusi ini.Majlis berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dengan dihadiri oleh PKP Amir Shariffuddin bin Abd. Majid, Pengarah Penjara Alor Setar .Para tetamu yang hadir dihiburkan dengan persembahan oleh Band 3 D�s. Di samping itu, diadakan pertandingan gerai tercantik yang disertai seramai 11 buah gerai mengikut unit dan platun masing-masing. Johan telah dimenangi oleh gerai Bahagian Pentadbiran. Selain itu, acara kemuncak ialah cabutan bertuah dan pemberian duit raya kepada anak-anak kakitangan yang disampaikan oleh Pengarah Penjara Alor Setar.
""