Pada 27 September 2011 ( Rabu ), bersamaan 29 Syawal 1432H. Parol Negeri Melaka telah menganjurkan Majlis Malam Mesra Aidilfitri bersama ODP dan Pesalah PKW Negeri Melaka bertempat di Perkarangan Pejabat Parol Daerah Melaka Tengah, Melaka. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu-tetamu jemputan yang terdiri daripada PKK Sukri Bin Saad Ketua Sekyen Perkhidmatan Komuniti, IPPM dan PKP Norwati Binti Mat Isa Timbalan Ketua Seksyen Parol, IPPM, wakil-wakil Pengarah Institiusi Penjara Negeri Melaka, wakil Ketua-ketua Jabatan Wisma Persekutuan, NGO.s, Majikan, ODP dan Pesalah PKW berserta keluarga. Ketibaan tetamu jemputan disambut oleh PP Zalina Binti Mohd Yunus Pengarah Parol Negeri Melaka bersama Pegawai Kanan Pejabat Parol Negeri Melaka, Daerah dan Institiusi berserta dengan tembakan percikan bunga api yang berwarna warni. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh PP Zalina Binti Mohd Yunus, Pengarah Parol Negeri Melaka. Majlis diserikan lagi dengan pertandingan nyanyian Karaoke lagu raya yang disertai oleh Kakitangan Parol Negeri Melaka berserta ODP dan Pesalah PKW. Johan nyanyian dimenangi oleh Puan Noraziah binti Sharif. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh PKK Sukri Bin Saad kepada pemenang nyanyian Karaoke. Disamping itu, PP Zalina Binti Mohd Yunus telah menyampaikan duit raya kepada seramai lebih kurang 50 orang kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak kakitangan Parol Negeri Melaka, anak ODP dan anak Pesalah PKW
""