Pada 15 november 2011 bertempat di Dataran Insaf, Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan telah diadakan Majlis Program Jalinan Kasih Hari Raya Aidiladha peringkat Jabatan Penjara Malaysia bagi tahun 2011.
Program yang turut dihadiri oleh PKP Husin bin Haji Johari, pengarah Penjara Pengkalan Chepa, telah disempurnakan perasmiannya oleh Yg. Bhg. Datuk Dali bin Husin, Ketua Umno bahagian Pengkalan Chepa, Kelantan.
Antara objektif diadakan program tersebut ialah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara penghuni dengan ahli keluarganya disamping merasai sambutan hari raya aidil adha.
Pengisian sepanjang program tersebut selain dari perjumpaan bersemuka antara keluarga dan penghuni, turut diserikan lagi dengan bacaan ayat suci Al-Quran, persembahan monolog, persembahan nasyid dan dikir barat yang telah dijayakan oleh para penghuni.
""