| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bulan Sukan Penjara Limbang

Penjara Limbang Sarawak telah mengadakan Bulan Sukan Penjara Limbang sepanjang bulan Oktober yang lalu sebagai salah satu aktiviti sempena Hari Jabatan Penjara Malaysia 2011. Objektif mengadakan sukan ini ialah untuk memupuk semangat berpasukan  di kalangan kakitangan yang berbilang bangsa disamping ke arah menjadikan warga kerja yang sihat serta aktif dalam sukan. Sukan-sukan yang dipertandingkan ialah bola tampar, badminton, petanque dan futsal manakala pegawai dan kakitangan pula dibahagikan kepada 4 pasukan iaitu Pasukan Perdana ( Kuning ), Exora ( Hitam ), Inspira ( Biru ) dan Waja ( Merah ). Minggu pertama diadakan pertandingan bola tampar diikuti oleh pertandingan badminton, futsal dan minggu terakhir diadakan pertandingan petaque untuk wanita. Pasukan yang mengungguli pertandingan  pada kali ini ialah Pasukan Inspira disusuli oleh Pasukan Exora, Pasukan Perdana dan Pasukan Waja.

 

""