PENJARA SUNGAI UDANG, 22 November 2011 - Program Genta Puisi Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia telah diadakan di Penjara Sungai Udang bersempena sambutan Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan 2011. Majlis dipersembahkan dengan deklamasi sajak serta penciptaan lagu-lagu puisi oleh penghuni daripada Penjara Pulau Pinang, Penjara Kluang Johor, Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka dan Penjara Kajang. Dif-dif jemputan terdiri daripada YB Datuk Wira Hj.Othman bin Muhamad Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, YBhg.Dato' Haji Termuzi Bin Haji Abdul Aziz Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, YBhg.KJP Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Pengarah-pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Ketua-ketua institusi dan kakitangan daripada Dewan Bahasa Dan Pustaka.
""