Sandakan, 22 Mac 2011, Parol Daerah Sandakan, Sabah telah menganjurkan "Majlis Malam Penghargaan Kepada Agensi Kerajaan Dan NGO Daerah Sandakan Tahun 2010" bertempat di Hotel Sandakan bagi menghargai segala jasa, sumbangan dan bantuan yang telah diberikan kepada Orang Di Parol (ODP) dan juga kepada perkhidmatan Parol Daerah Sandakan. Sebanyak 22 sijil penghargaan telah diberikan kepada pihak agensi kerajaan dan NGO pada majlis tersebut. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh PKK Mohd Sabri Bin Yaacob Pengarah Penjara Negeri Sabah. Majlis turut diserikan dengan kehadiran PKP Mat Johir Bin Asin @ Hashim Pengarah Penjara Sandakan dan PP Nora Binti Musa Pengarah Parol Negeri Sabah serta pegawai - pegawai kanan Penjara Sandakan dan kakitangan perkhidmatan Parol Daerah Sandakan, Sabah.