Kursus tersebut telah diadakan pada hari Rabu 15hb.Jun.2011 bertempat di Surau An-Nur dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Program ini adalah anjuran bersama Unit Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah Jelebu dan Unit Agama Islam Institusi Pemulihan Dadah Jelebu Negeri Sembilan.Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang isu-isu akidah pada masa kini dan kaedah-kaedah dalam memperbaiki akhlak muslim ke arah yang lebih baik selari dengan tuntutan syarak. Seramai 290 orang penghuni dan 21 orang kakitangan Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah menyertai kursus tersebut. Perasmian penutupan kursus telah disempurnakan oleh PKP Anathurai A/L Kalimuthu, Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu,Negeri Sembilan.
""