Tawau, 29 Jun 2011 Rabu. Penjara Tawau telah diaudit oleh Tn. Hj. Mohammad Tajuddin bin Abdullah dari Ibu Pejabat MPC, Selangor. Dalam lawatan beliau ke semua 09 zon yang terlibat, beliau amat berpuashati dengan persembahan dan juga pematuhan kriteria-kriteria serta pengekalan amalan yang ditetapkan dalam Amalan Persekitaran Berkualiti 5S. Beliau juga memuji beberapa usaha penambahbaikan yang telah dilakukan. Pada akhir taklimat penggulungan audit, Tn. Hj. Mohammad Tajuddin Bin Abdullah mengucapkan tahniah dan mengumumkan bahawa Penjara Tawau telah ''Layak Untuk Persijilan'' dan sekaligus mendapat Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5S bagi kali ke 2.