Mesyuarat Pengurusan Ketua-Ketua Institusi (Mpki) Sabah Dan Majlis Malam Mesra Pengarah Penjara Negeri Sabah.
Tawau 18 Julai 2011, Mesyuarat Pengurusan Ketua-Ketua Institusi (MPKI) telah diadakan bertempat di Penjara Tawau, Sabah. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh PKK Suria Bin Hj. Idris, Pengarah Penjara Sabah adalah bagi menyelaras dan membincangkan isu-isu semasa pengurusan dan keselamatan institusi-institusi penjara negeri Sabah.
Pada sebelah malamnya pula diadakan Majlis Malam Mesra bersama Pengarah Negeri Sabah bertempat di Dewan Wawasan, Taman Ehsan. Majlis bermula jam 7.30 malam dan turut dihadiri oleh semua Ketua-ketua Institusi dan Pegawai ?pegawai Parol Daerah Tawau.
Sesi Dialog Bersama Pengarah Penjara Sabah
Tawau 19 Julai 2011, Sesi dialog bersama Pengarah Penjara Sabah telah diadakan di Dewan Wawasan, Taman Ehsan. Majlis bermula pada pukul 3.00 petang dan dihadiri seramai 160 kakitangan pelbagai pangkat. Dalam majlis tersebut, Y.S Tuan Suria Bin Hj. Idris telah menyampaikan ucapan serta amanat kepada kakitangan dan sesi dialog diakhiri dengan sesi soal jawab.