Dalam usaha mempekemaskan pengurusan kewangan diperingkat intitusi kekeluargaan, Jabatan Penjara Tawau dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Cawangan Tawau telah mengadakan Seminar Kewangan Peribadi Dan Keluarga berlandaskan Syariah yang diadakan pada 15, 16 dan 17 Julai 2011 bertempat di Dewan Wawasan , Taman Ehsan.
Antara objektif seminar ini dijalankan adalah seperti berikut :-
a) Memberi pendedahan berkaitan pengurusan kewangan secara efektif dan berkesan berlandaskan ajaran syariah.
b) Mempertingkatkan kefahaman tentang pentingnya pengurusan aliran wang tunai serta dapat menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi secara berhemah.
c) Memberi pendedahan berkaitan cara pengurusan kewangan peribadi dan keluarga secara berkesan berlandaskan syariah bagi mencapai kehidupan yang berkualiti.
Seramai 60 peserta telah terlibat dengan seminar ini yang terdiri daripada pelbagai jabatan antaranya Jabatan Penjara Tawau, Rukun Tetangga Cawangan Tawau, Jabatan Kastam, Jabatan Pendaftaran. AADK Cawangan Tawau, Jabatan Insolvensi, Ahli PERSIAP dan KEMAS Cawangan Tawau. Manakala tenaga penceramah terdiri daripada Pegawai yang bertauliah dan berpengalaman telah dijemput antaranya daripada Bank Islam, Amanah Saham Bumiputra, Bank Rakyat, Amanah Raya Berhad dan AKPK.
Majlis perasmian dan penutupan telah disempurnakan oleh PKP Sazali Bin Ismail, Pengarah Penjara Tawau di mana dalam ucapannya beliau mengharapkan melalui program yang diadakan ini dapat membentuk jalinan kerjasama di antara agensi kerajaan yang terlibat dengan pihak Jabatan Penjara dan disamping mengharapkan para peserta seminar dapat mempraktikkan ilmu yang diperolehi untuk menguruskan perbelanjaan secara efektif dan berhemah, majlis di akhiri dengan sesi bergambar peserta seminar dengan Pengarah Penjara Tawau.
""