Pada 27 Julai 2011, Penjara Wanita Kajang ada menerima kunjungan dari PUSPANITA Kementerian Pertahanan yang mana terdiri daripada 30 orang. Lawatan ini bermula dari jam 10.00 pagi dengan aktiviti promosi oleh pihak Institusi iaitu "Promosi Biskut Raya" juga memperkenalkan produk-produk hasil kerja penghuni. Pihak Puspanita memberi sumbangan barangan bayi kepada anak-anak penghuni.