Pada 28 Julai 2011, Penjara Alor Setar telah mengadakan Program Gotong-Royong 1 Malaysia yang telah diketuai oleh PP Bahdun bin Salleh, Timbalan Pengarah Penjara Alor Setar.Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.Seramai 85 orang kakitangan telah menjayakan program ini yang melibatkan beberapa lokasi iaitu di Perkarangan Penjara, Kuarters Kakitangan dan Rumah Rehat. Program ini bertujuan untuk mewujudkan suasana ceria dan indah di kawasan sekitar penjara.Selain itu , dengan adanya program seperti ini dapat memupuk semangat pepaduan dan setia kawan di kalangan kakitangan serta ahli-ahli PERSIAP. Majlis turut dihadiri PKP Amir Shaiffuddin bin Abd Majid , Pengarah Penjara Alor Setar.
""