| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Larian Merentas Desa Penghuni Sekolah Integriti Kluang

Pada hari Sabtu bersamaan 12 Februari 2011, telah diadakan larian merentas desa di kawasan Penjara Kluang dan ianya mendapat sambutan yang amat menggalakan dari penghuni Sekolah Integriti Penjara Kluang. Acara tersebut bermula dari kawasan Pintu Utama serta mengelilingi seluruh kawasan penjara Kluang. Acara merentas desa ini diadakan bertujuan untuk mencapai dasar kementerian pendidikan iaitu 1Murid 1Sukan. Disamping itu juga, acara ini dapat memastikan pelajar - pelajar aktif dari segi fizikal dan juga mental agar pelajar mempunyai pencapaian yang seimbang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Acara bermula tepat jam 0800hrs dan dimulakan dengan senaman ringan yang diketuai oleh ketua pelajar.  Perasmian dan pelepasan dilaksanakan oleh PP Muhamad Kamal Bin Shamsudin. Sepanjang laluan diadakan lima perhentian yang diselia oleh Unit Keselamatan dan Unit Pemulihan Dan Rawatan. Aktiviti ini berakhir pada jam 1030hrs dan PP Muhamad Kamal Bin Shamsudin telah sudi menyampaikan hadiah pada peserta yang menang.

""