Pada 14 Februari 2011 telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Bentong, Pahang di antara TKPj Mohd. Sakeri bin Hj. Dollah kepada PKK Hj. Abdul Aziz bin Abdul Razak dengan disaksikan oleh TKPj Jamaludin bin Saad, Pengarah Keselamatan Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Majlis berlangsung di Bilik Taklimat Penjara Bentong, Pahang.
Majlis telah dimulakan dengan penerimaan tabik hormat daripada kawalan suku oleh TKPj Mohd. Sakeri bin Hj. Dollah diikuti dengan upacara menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas , Penyerahan Tongkat Kuasa dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Ust. Mohd. Shukri bin Osman. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah pegawai-pegawai kanan Penjara Bentong, Pahang.