12 Februari 2011 (Sabtu), Bahagian Pemulihan Tahanan PPA Simpang Renggam, Johor telah mengadakan satu program Jalinan Kasih kepada tahanan berbangsa cina. Program tersebut telah diadakan di hadapan Pejabat Rekod Tahanan. Seramai 14 orang penghuni telah terpilih iaitu 4 tahanan POPOC (KAMJ 1969) , 8 tahanan ADB (LLPK 1985) dan 2 banduan terlibat pada hari tersebut telah dikunjungi oleh kaum keluarga yang terdiri daripada ibubapa, isteri, anak-anak dan adik-beradik.
PP Azman b. Mohd Ali (selaku Ketua Bahagian Pemulihan) menyatakan, sesuai dengan moto Bahagian Pemulihan dan Rawatan iaitu 'KASIH' yang membawa maksud K : Knowledgwe (Pengetahuan) A : Attitude (Sikap) S : Skill (Kemahiran) I : Intelligence (Kecerdasan) H : Humanity (Kemanusiaan). Beliau juga berharap agar kesempatan ini dapat dimanfaatkan dan digunakan sebaik mungkin oleh penghuni dan ahli keluarga masing-masing. Jabatan Penjara Malaysia mengucapkan terima kasih kepada pihak NGO yang terdiri daripada Lion Clubs Simpang Renggam dan Persatuan Tzu-Chi Kluang kerana sudi meluangkan masa menghadiri program Jalinan Kasih Tahun Baru Cina pada kali ini.
Majlis tersebut juga turut dihadiri pegawai-pegawai kanan PPA Simpang Rengam Acara kemuncak bermula dimana penghuni terlibat dibawa keluar dari Pejabat Penerimaan dan dipertemukan dengan keluarga yang hadir. Program bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 tengahari.