Pulau Pinang, 15 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiulawal 1432 : Penjara Reman Pulau Pinang telah menyertai Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh TPP Mohd Hamdhan Bin Mat Noh. Perarakan tersebut diadakan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Sambutan tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas Gabenor Negeri Pulau Pinang. Majlis tersebut telah diserikan oleh nyanyian nasyid daripada kumpulan Sautul Ehsan Penjara Reman Pulau Pinang yang telah menjadi Johan pada Festival Nasyid Peringkat negeri Pulau Pinang tahun 2010. Selain itu, ceramah Khas telah disampaikan oleh Ustaz Fisol sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang.