Pada 9 hingga 11 Disember 2011, Seksyen Vokasional dan Industri, Ippm dengan kerjasama Penjara Wanita Kajang telah mengadakan pameran dan jualan sempena Program Kuala Lumpur International Batik ( KLIB ) di Kuala Lumpur Convention Centre. Program yang dianjurkan oleh Yayasan Budi Penyayang ini telah dirasmikan oleh Yg. Bhg. Tun Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia. Pelbagai aturcara telah dilangsungkan selain aktiviti pameran dan jualan seperti pertunjukkan fashion serta pertandingan hiasan kraf, hiasan dalaman dan rekaan pakaian batik terbaik bagi merebut Piala Seri Endon tahun 2011.
""