| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Seminar Bersama NGO 2011

Pada 16-18 Disember 2011, Seksyen Pemulihan dan Rawatan, Bahagian Pengurusan Banduan Ibu Pejabat Penjara Malaysia telah menganjurkan Seminar Bersama NGO 2011 di Akademi Koreksional Malaysia Langkawi. Sebanyak 14 kertas kerja telah dibentangkan oleh 13 pembentang yang terdiri daripada penceramah Jabatan Penjara, Persatuan Hindu Sanggam, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM), Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Seramai 141 peserta seminar yang hadir terdiri daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO's), Agensi-agensi Kerajaan, Lembaga Hakim Pelawat Institusi Penjara, Pegawai-pegawai Pemulihan Institusi dan Pegawai-pegawai Parol Negeri. Majlis perasmian penutupan seminar telah dilakukan oleh YBhg TKJP Dato' Haji Hassan Bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Penjara Keselamatan dan Koreksional, Jabatan Penjara Malaysia. "Deklarasi Langkawi", resolusi seminar telah dibaca oleh YDH. Toh Pendekar Alam Datuk Haji Mohd Zailani b. Haji Jamali dan diserahkan kepada TKJP Dato Haji Hassan Bin Sakimon sebagai tanda komitmen bersama peserta seminar bagi merealisasikan matlamat Seminar Bersama NGO 2011 yang bertemakan "Memasyarakatkan Penjara".

 

""