23 Disember 2011, Maktab Penjara Malaysia Kajang, Selangor, seramai 17 pegawai berpangkat Timbalan Penguasa bagi Kursus Diploma Siswazah Sains Koreksional dan 37 pegawai berpangkat Inspektor Penjara telah berjaya menamatkan latihan tersebut. Kursus ini telah berlangsung selama enam belas minggu (16). Para pegawai ini telah didedahkan dengan pelbagai ilmu kepenjaraan yang relevan dengan bidang tugas bagi melahirkan pegawai penjara yang memiliki tahap profesionalisme yang tinggi semasa menjalankan tugas. Pada majlis ini YBhg Dato' Alwi Bin Hj Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Pendaftaran & Imigresen) Kementerian Dalam Negeri telah hadir untuk menyempurnakan majlis.
Anugerah Kepimpinan dan Sahsiah Terbaik
1.TPP Mohd Noor Abu Bakar - Penjara Kajang
2.TPP Fauziah Bt. Husain - Penjara Wanita Kota Kinabalu
Terbaik Keseluruhan
IP Dzuhir Bin Mohamad - Maktab Penjara Malaysia
Terbaik Akademi
IP Mohd Shahrizal Bin Md Latif - Maktab Penjara Malaysia
Terbaik Kemahiran Dan Teknikal
IP Sylvester Anak Jegod - Penjara Pusat Sibu
Terbaik Kepimpinan
IP Alixander Godius - Penjara Tawau
""