| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri Peringkat Zon Selatan

MELAKA 16 Ogos 2011- Penjara Sungai Udang telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran Majlis Berbuka Puasa Institusi-institusi Penjara Zon Selatan 2011 yang diadakan di Perkarangan Masjid Al-Muhajirin Penjara Sungai Udang, Melaka. Majlis dihadiri bersama YB.Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri serta YBhg. Datin Wira. Menyambut ketibaan Timbalan Menteri Dalam Negeri ialah YBhg. Komisioner Jeneral Penjara Datuk Wira Hj.Zulkifli bin Omar serta lain-lain tetamu kehormat yang hadir YB. Datuk Hj.Yaakub bin Md.Amin, Ahli  Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri  merangkap Pengerusi Jawatankuasa Negeri Hal Ehwal Agama Islam Negeri Melaka, Pengarah-pengarah Bahagian, Ketua-ketua institusi  Penjara Zon Selatan, Pengarah Parol Negeri Zon Selatan dan Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.



Dalam majlis tersebut, YB.Timbalan Menteri telah menyampaikan sumbangan kepada ibu-ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan anak-anak yatim Paya Sum Sungai Udang, Melaka. Atur cara majlis berakhir selepas jamuan moreh sesudah selesai solat sunat terawih.

 

""