Tawau - 21 April 2011, KPj Wan Nazarie Bin Wan Mahmood, Pengarah Keselamatan Dan Inteligen diiringi oleh PKP Noor Aziz Bin Muhammad telah mengadakan lawatan kerja ke Penjara Tawau. Lawatan tersebut telah disambut oleh Pegawai-Pegawai Kanan dan seterusnya Taklimat Artikel Larangan dan Keselamatan Fizikal telah disampaikan oleh TPP Mohd Redzualan Bin Yunus. Antara objektif utama lawatan tersebut ialah perbincangan mengenai aspek-aspek keselamatan di Penjara Tawau.