| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Y. Bhg Dato' Ab Hamid B. Mohd Nazahar Dan Rombongan

Simpang Rengam - 25 Januari 2010, Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Y. Bhg Dato' Ab Hamid b. Mohd Nazahar dan 15 orang rombongan dari Yayasan Strategik Sosial telah sudi mengadakan Lawatan Kerja ke Penjara dan Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam. Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk meninjau perkembangan dan pengurusan orang tahanan di PPA Simpang Renggam.

Turut serta dalam lawatan kerja tersebut KPj Y. Bhg Datuk Hj Hassan b. Sakimon Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dan Pegawai-pegawai Kanan dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia.

Hasil daripada lawatan tersebut Y. Bhg Dato' Ab Hamid b. Mohd Nazahar dan rombongan amat berpuashati dengan pengurusan penjara dan tahanan yang dilaksanakan serta mengucapkan syabas kepada pihak pengurusan Penjara Simpang.


""