| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Bersama Penghuni

Pada hari selasa 15 September 2009 bersamaan 25 Ramadhan 1430H telah pun dijalankan majlis berbuka puasa penghuni Penjara Pusat Miri. Seramai 86 orang penghuni Islam .... Pada hari selasa 15 September 2009 bersamaan 25 Ramadhan 1430H telah pun dijalankan majlis berbuka puasa penghuni Penjara Pusat Miri. Seramai 86 orang penghuni Islam yang dipilih untuk berbuka puasa bersama Pengarah Penjara Pusat Miri dan kakitangan.

Bermulanya pukul 5.45 petang ketibaan kakitangan Penjara Pusat Miri di perkarangan khemah untuk berbuka puasa bersama penghuni. Ketibaan Pengarah Penjara Pusat Miri Bismillah Bin Abg Masra bersama timbalan penjara, telah bermulanya bacaan tahlil sementara menunggu beduk berbunyi.Bacaan tahlil telah di ketuai oleh Ustaz Shah Hairul Runi Bin Latip.Tepat pukul 6.27 petang menandakan umat Islam di Bandaraya Miri untuk berbuka. Semua yang hadir termasuk kakitangan yang yang bukan Islam berbuka puasa dan menjamu selera hanya sekadar memakan makanan ringan. Setelah selesai berbuka, semua kakitangan dan penghuni menunaikan solat fardhu maghrib secara berjemaah.

Setelah selesai solat maghrib, para kakitangan dan banduan menjamu pelbagai hidangan yang telah disajikan bagi memberikan sokongan dan dorongan kepada penghuni agar penghuni dapat menempuhi dan menjalankan hukuman dengan kesabaran serta keinsafan selama ditahan di dalam penjara.

Solat fardhu Isyak dan sunat tarawih secara berjemaah telah berjalan dengan keadaan yang selesa dan baik walaupun pada masa tersebut hujan turun membasahi bumi dengan sederhana lebatnya. Alhamdulillah solat fardhu Isyak dan sunat tarawih telah pun selesai diadakan. Sekali lagi Pengarah, kakitangan dan penghuni berkumpul semula untuk minum malam sebelum bersurai. Kira-kira pukul 9.05 malam majlis selesai dijalankan dan bersurai manakala penghuni masuk ke dalam blok dengan kawalan yang baik.

""