Pada 16 September 2009 bersamaan 26 Ramadhan 1430H bertempat di Dewan PPI Wanita Penjara Bentong, telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa Penghuni Wanita Bersama ....
Pada 16 September 2009 bersamaan 26 Ramadhan 1430H bertempat di Dewan PPI Wanita Penjara Bentong, telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa Penghuni Wanita Bersama Pengarah dikelolakan oleh Unit PPI Wanita Penjara Bentong.
Program tersebut di mulakan pada jam 5.45 petang dengan Majlis khatam Al-Quran bagi penghuni wanita. Pada jam 6.30 petang Yang Setia TKPj Mohd Sakeri bin Hj Dollah tiba bersama-sama pegawai kanan yang dijemput dan seterusnya telah sudi menyampaikan cenderahati kepada penghuni wanita yang terlibat dengan khatam Al-Quran . Majlis juga telah diserikan dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan Balqis ( yang dianggotai oleh penghuni wanita ) dengan 2 buah lagu iaitu Jilbab Putihmu dan At-Toibah sementara menunggu waktu berbuka puasa. Majlis ini juga dihadiri oleh semua kakitangan Bahagian Wanita dan berbuka puasa bersama-sama dengan Yang Setia Pengarah dan penghuni-penghuni wanita. Majlis bersurai setelah selesai jamuan berbuka puasa. Yang Setia Pengarah dan jemputan menunaikan solat maghrib di Masjid Penjara Bentong.
""