Menteri Dalam Negeri Y.B. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, telah mengadakan lawatan rasmi ke Jabatan Penjara Malaysia .... |
Lawatan rasmi pertama ke Jabatan Penjara sebaik dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri membuka lembaran baru kepada Jabatan. Majlis sambutan diadakan dengan penuh gemilang.
Ketibaan Y.B Menteri disambut dengan perbarisan tabik hormat dan pemeriksaan perbarisan. Selepas itu satu sesi taklimat mengenai program dan perancangan Jabatan telah diadakan di bilik persidangan, disampaikan oleh Komisioner Jeneral Y.Bhg. Datuk Mustafa bin Osman,
Setelah itu beliau mengadakan lawatan ke Penjara Wanita Kajang dan begitu tertarik dengan usaha-usaha pemulihan dan program kemahiran yang dilaksanakan oleh pihak penjara. Y.B Dato Seri juga tertarik dengan hasil kraftangan seperti batik dan sebagainya yang dihasilkan oleh penghuni sendiri.
Turut mengiringi lawatan ini kedua-dua Timbalan Menteri Dalam Negeri, Y.B. Datuk Wira Abu Seman Yusop, Y.B. Tuan Jelaing Anak Mersat, Pemangku Ketua Setiausaha Y.M Dato' Raja Azahar bin Raja Abdul Manap dan Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.