| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Seminar Pemantapan Kefahaman Perundangan Islam

Sempena Bulan Dakwah Peringkat Kebangsaan 2009, Jabatan Penjara Malaysia telah menganjurkan Seminar Pemantapan Kefahaman Perundangan Islam pada tarikh 5hb Mac 2009, bertempat di Dewan Persidangan, Masjid Jabatan Penjara Malaysia, Kajang
Majlis seminar ini telah dirasmikan oleh Komisioner Jeneral Penjara Y.Bhg. Datuk Mustafa bin Osman. Seramai 260 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia, wakil dari institusi penjara sekitar lembah Klang dan Negeri Sembilan, pelatih-pelatih dari Maktab Penjara Malaysia dan wakil dari agensi-agensi luar telah menghadiri seminar ini.

Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan oleh penceramah undangan di dalam seminar ini, iaitu “Keselamatan Dari Sudut Pandangan Islam�? oleh Encik Suzalie bin Mohamad dari Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), “Keselamatan Di Tempat Kerja�? oleh Puan Siti Badariah binti Abu Bakar dari NIOSH, Bangi dan kertas kerja ketiga bertajuk “Perbandingan Antara Method Undang-Undang Islam Dan Undang-Undang Konvensional Dalam Menjamin Keselamatan : Analisis Khusus Tentang Hukuman Ke Atas Penjenayah�? telah dibentangkan oleh Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi bin Haji A. Majid dari Universiti Islam Antarabangsa

Banyak manfaat dan pengetahuan berguna yang telah diperolehi peserta sepanjang majlis seminar ini berlangsung. Majlis seminar ini berakhir pada jam 4.30 petang.
Perasmian Seminar Oleh Y.Bhg.  KJP Datuk Mustafa bin Osman
Perasmian Seminar Oleh Y.Bhg. KJP Datuk Mustafa bin Osman
Antara Peserta Yang Hadir
Antara Peserta Yang Hadir
Majlis Penyampaian Cenderamata
Majlis Penyampaian Cenderamata
""