Sabtu, 14 Mac 2009 – Penjara Pusat Sri Aman telah menyertai pameran bersempena KARNIVAL GENERASI BEBAS JENAYAH anjuran SEBERKAS Sri Aman dan Sekritariat Rakan Muda Sri Aman
Sabtu, 14 Mac 2009 - Penjara Pusat Sri Aman telah menyertai pameran bersempena KARNIVAL GENERASI BEBAS JENAYAH anjuran SEBERKAS Sri Aman dan Sekritariat Rakan Muda Sri Aman bertempat di Mini Stadium Majlis Daerah Sri Aman. Program ini bertujuan menyedarkan para belia betapa pentingnya mengelak diri daripada terjebak dalam kegiatan jenayah. Selain daripada mengadakan pameran bagi menyedarkan pihak belia tentang bahaya terjebak dalam jenayah pihak penjara juga mengadakan promosi jualan hasil produk oleh penghuni. Karnival telah dirasmikan oleh Residen, Bahagian Sri Aman dan telah menarik kedatangan belia seramai 300 orang sekitar Sri Aman. |