Program We-Care Jabatan Penjara Malaysia bersama masyarakat DUN Dusun Tua pada 14 Mac 2009 merupakan projek sulong Jabatan Penjara Malaysia yang berkonsepkan pemilihan kampong angkat ....
Program We-Care Jabatan Penjara Malaysia bersama masyarakat DUN Dusun Tua pada 14 Mac 2009 merupakan projek sulong Jabatan Penjara Malaysia yang berkonsepkan pemilihan kampong angkat dan penglibatan komuniti di dalam pelan pembangunan ekonomi keluarga bagi komuniti setempat yang dipilih. Program serampang dua mata yang diterajui oleh Jabatan Penjara Malaysia ini turut menjemput penglibatan beberapa agensi kerajaan lain seperti Kementerian Pertanian (Jabatan Pertanian,Jabatan Perikanan, Jabatan Haiwan), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Pejabat Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Program ini akan dijadikan Model We-Care Jabatan Penjara Malaysia bagi tahun ini yang seterusnya akan diperluaskan ke beberapa buah institusi penjara yang lain.Pelancaran Program We-Care Bersama Masyarakat DUN Dusun Tua telah diadakan pada 14 Mac 2009 jam 8.00 pagi yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Ismail b. Sani, Ahli DUN Dusun Tua. Majlis juga turut disertai oleh TKPj Hj. Darussalam bin Hj Budin, Pengarah Pemulihan dan Rawatan. Program gotong royong bagi menaiktaraf “Komuniti Garden�? di Simpang Kampung Semungkis, Batu 14, Dusun Tua melibatkan penyertaan seramai 20 orang penghuni Prabebas daripada Penjara Kajang, 30 orang peserta Kursus Asas Pengurusan Penjara daripada Maktab Penjara Malaysia, kakitangan daripada Bahagian Pemulihan dan Rawatan, wakil-wakil media serta penduduk setempat.
""