Institusi-institusi Penjara Negeri Johor telah mengelolakan Kejohanan Tenis MAKSAK 2009 pada 6 hingga 8 Mac 2009. Kejohanan ini telah disertai oleh 12 pasukan MAKSAK negeri, Pasukan PDRM, ATM dan Jabatan Penjara. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Hj Abd Latiff b. Yusuf Setiausaha Kerajaan Johor pada 6 Mac 2009 di Ballroom Hotel New York, Johor Bahru. MAKSAK Negeri Selangor telah muncul Johan sementara MAKSAK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Naib Johan dengan keputusan 3 – 2. Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah dilakukan oleh Y. Bhg. Datuk Mustafa b. Osman, Ketua Pengarah Penjara Malaysia pada 8 Mac 2009 di Akademi Tenis Perling, Johor. | |