Kajang 9 Jun - Sempenapersaraan Y.Bhg. Datuk Mustafa bin Osman, Komisioner Jeneral Penjara beberapaaturcara telah disusun bagi menghargai jasabakti yang telah dicurahkanoleh Y.Bhg Datuk sepanjang 29 tahun berkhidmat dengan Jabatan PenjaraMalaysia. Majlis amanat telah diadakan di Maktab Penjara Malaysia disulami denganpelancaran Pelan Induk Jabatan Penjara Tahun 2009 - 2020. Pelan Indukdiserahkan kepada Y.Bhg. Dato' Haji Zulkifli bin Omar bagi meneruskankesinambungan perancangan yang telah dilaksanakan. Dalam amanat yang disampaikan di hadapan lebih 800 anggota dan kakitanganawam, Y.Bhg. Datuk memberi penekanan agar usaha-usaha menggembirakanpelanggan yang berurusan dengan Jabatan atau public service deliverydipertingkatkan. Inisiatif ini akan dapat melonjakkan lagi imej Jabatan sebagai OrganisasiKoreksional Bertaraf Dunia. Kepuasan hati rakyat atau pelanggan adalahtanda aras kepada kejayaan sesebuah Jabatan. Seruan ini selaras denganaspirasi kerajaan melalui konsep: 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, PencapaianDiutamakan�. Disamping merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh anggota dankakitangan awam yang tekun dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas,Y.Bhg. Datuk juga menyeru agar semangat kerja ini dipertingkatkan darimasa ke semasa bagi merealisasikan Jabatan Penjara sebagai high performanceorganisation yang setaraf dengan Jabatan kerajaan yang lain. Pada sebelah petang Majis Serah Terima Tugas di antara Y.Bhg. DatukMustafa bin Osman, Komisioner Jeneral Penjara kepada Y.Bhg. Dato' HajiZulkifli bin Omar, Komisioner (Operasi) diikuti dengan Majlis SerahTerima Tugas di antara Y.Bhg. Datin Salasiah binti Haji Sidek, YangDipetua PERSIAP Malaysia kepada Y.Bhg Datin Noraini binti Haji Man telahdisaksikan dengan kehadiran Y.Bhg. Dato' Zaitun binti Ab. Samad, SetiausahaBahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negerimewakili Y.Bhg. Datuk Mahmood bin Adam,Ketua Setiausaha KementerianDalam Negeri. Turut hadir Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Zon Tengah. Majlisdiakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai serta Y.Bhg. Datuk danDatin bersalaman dengan semua anggota dan kakitangan awam yang hadir. Seluruh anggota dan kakitangan awam merakamkan ucapan tahniah dan terimakasih serta selamat bersara kepada Y.Bhg. Datuk Mustafa bin Osman danDatin serta tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Y.Bhg. Dato'Haji Zulkifli bin Omar serta Datin. Y.Bhg. Dato' Haji Zulkifli bin Omar telah dinaikan pangkat ke GredJUSA A dan dilantik sebagai Komisioner Jeneral bermula pada 10 Jun 2009. |
||
Komisioner Jeneral PenjaraSedang Menyampaikan Amanat | ||
Anggota Sedang Mendengar Amanat Yang Disampaikan | ||
Antara Tetamu Yang Hadir | ||
Y.Bhg. Datuk Komisioner Jeneral Penjara sedang memeriksaan kawalan kehormatan. |
Y.Bhg. Datuk Mustafa bin Osman menyerahkan tongkat kuasa kepada Y.Bhg. Dato' Haji Zulkifli bin Omar. |
Y.Bhg. Datin Salasiah binti Haji Sidek, YangDipetua PERSIAP Malaysia Menyerahkan Tugas kepada Y.Bhg Datin Norainibinti Haji Man, disaksikan oleh Y.Bhg. Dato' Zaitun binti Ab. Samad |