Program Motivasi Orang Tahanan 2009 telah diadakan di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor selama tiga hari bermula 10 sehingga 12 Jun 2009.Program Motivasi Orang Tahanan 2009 telah diadakan di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor selama tiga hari bermula 10 sehingga 12 Jun 2009.
Program yang dianjurkan bersama oleh Unit Pemulihan, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri dan Unit Pemulihan, Pusat Pemulihan Akhlak Muar ini telah melibatkan seramai 75 tahanan yang terpilih. Seramai 7 pegawai Unit Pemulihan, Kementerian Dalam Negeri terlibat dalam program tersebut.
Program ini telah diisi dengan ceramah kenegaraan dari Biro Tatanegara (BTN), ceramah motivasi, ujian psikologi, ceramah nilai-nilai murni dan latihan dalam kumpulan (LDK).
Objektif program ini diadakan adalah memberi motivasi kepada tahanan bahawa mereka masih diperlukan dalam masyarakat, memberi kesedaran agar tidak mengulangi kesalahan, melengkapkan diri tahanan sebagai persediaan untuk berhadapan dengan masyarakat dan menanam kesedaran untuk berubah menjadi warganegara yang baik. ""