Seramai 15 orang kakitangan telah terlibat yang dibahagikan kepada 2 acara iaitu 6 kakitangan sebagai Pengawal VVIP semasa larian dan 9 kakitangan membuat persembahan SENTAP.
6 orang kakitangan PKKM mengiring Y.A.B Ketua Menteri Melaka sebagai Pengawal VVIP. | Persembahan Elakan dan Kuncian Menggunakan Cota |
Buat pertama kalinya, Kakitangan Pusat Kecemerlangan Koreksional Malaysia telah membuat persembahan SENTAP yang disaksikan oleh Y.A.B Ketua Menteri Melaka dan seluruh peserta Larian 1 Malaysia seramai lebih kurang 300 orang.
Antara Teknik SENTAP yang dipersembahkan ialah Jurus 15, Teknik Elakan dan Pukulan, Teknik Elakan dan Kuncian, Teknik Melepaskan Diri (Breakaway), Jurus Cota Panjang, Jurus Cota �T� dan Simulasi SENTAP.
Di dalam ucapan perasmian penutup larian tersebut, Y.A.B Ketua menteri Melaka mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jabatan Penjara Malaysia kerana telah berjaya membuat persembahan SENTAP yang telah mendapat tepukan gemuruh dari semua peserta Larian 1 Malaysia. ""