| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Latihan Menembak Kakitangan PPA Batu Gajah, Perak 2009

Sebagai institusi terakhir dalam sistem Keadilan Jenayah, Jabatan Penjara Malaysia memegang tanggungjawab dalam memberikan khidmat kepada ....



Sebagai institusi terakhir dalam sistem Keadilan Jenayah, Jabatan Penjara Malaysia memegang tanggungjawab dalam memberikan khidmat kepada masyarakat dengan menahan mereka yang didapati bersalah dan dihukum oleh pihak mahkamah. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan mereka yang ditahan di institusi-institusi penjara mendapat layanan yang sepatutnya, pegawai-pegawai penjara telah dilatih dengan pelbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan agar dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan komitmen dalam memastikan keselamatan penghuni, kakitangan dan orang awam sentiasa terjamin. Salah satu kemahiran yang dilatih kepada pegawai penjara adalah kemahiran mengendalikan senjatapi.

Pada 13 Julai 2009 hingga 16 Julai 2009, Unit Latihan institusi PPA Batu Gajah, Perak telah mengadakan Latihan Menembak Kakitangan Bagi Tahun 2009 yang dianjurkan secara tahunan bertempat di Lapang Sasar, IPD Tapah, Chenderiang, Perak. Latihan selama 4 hari ini adalah bertujuan untuk penyegaran semula mengenai tatacara pengendalian senjatapi dengan betul dan selamat. Antara senjatapi yang digunakan untuk latihan pada kali ini adalah dari jenis Colt M-16, HK MP 5, S&W .38 Special, S&W MP 9 dan Shotgun. Kakitangan turut didedahkan dengan gaya tembakan secara Dueling dan juga Rapid Fire dengan menggunakan senjata S&W MP 9.

Pada hari terakhir latihan, seramai 15 orang penembak terbaik telah dipilih berdasarkan markah dalam kategori pistol dan revolver. Satu pertandingan telah diadakan bagi memilih 3 orang penembak terbaik secara keseluruhan. Antara acara yang dipertandingkan ialah acara Centre Fire (Individu), Plate (Berkumpulan) dan IPSC (Individu). Pertandingan ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Yang Arif Dato’ Haji Zaini bin Haji Abdul Rahman, Pengerusi Lembaga Penasihat selaku tetamu jemputan dan juga Pengarah PPA Batu Gajah, Perak, PP Abdul Halim bin Ma-Hasan.

Keputusan Keseluruhan :-

1) Terbaik Keseluruhan dan Johan - KPL 7255 Mohd Asri bin Mat Deli
2) Naib Johan - WP 13967 Mohd. Subri Bin Abdullah
3) Ketiga - WP 15558 Azizi Bin Zainal Abidin
""