Pada 14 Julai yang lalu Penjara Penor sekali lagi menerima kunjungan Diraja oleh KDYTM Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Iskandar Al Haj untuk melihat .... |
KDYTM Tengku Puan Pahang tiba di perkarangan Kompleks Penjara Penor pada jam 12.30 tengahari dan disambut oleh Pengarah Penjara Penor, PKP Jamil Razif bin Kassim bersama pegawai-pegawai kanan dan seterusnya mengiringi KDYTM Tengku Puan Pahang ke Bengkel Tenun Penjara Penor. Setibanya di sana, Tengku Puan Pahang meninjau perkembangan pembuatan kain tenun dan melihat produk kain tenun yang telah berjaya dihasilkan oleh penghuni.
Diakhir kunjungan, Tengku Puan Pahang bersantap di Wisma Penor dan berangkat pulang pada jam 1.00 petang.
""