Sebanyak 20 pasukan dan terdiri 320 pemain badminton telah menyertai Kejohanan Badminton Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2009 yang telah diadakan ....
Sebanyak 20 pasukan dan terdiri 320 pemain badminton telah menyertai Kejohanan Badminton Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2009 yang telah diadakan mulai 24 hingga 26 Julai 2009. Maktab Penjara Malaysia sebagai pengelola kejohanan menggunakan gelanggang di Challenger Sports Center, Cheras dan bagi acara akhir serta penutupan di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS) Bangi.
Sebanyak 6 acara telah dipertandingkan disepanjang kejohanan ini. Kategori VIP adalah kali pertama diperkenalkan dan terbuka kepada Komisioner Jeneral Penjara,Komisioner Penjara,Pengarah-pengarah Bahagian di Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Pengarah -pengarah Institusi Penjara termasuk Pengarah-pengarah Parol Negeri.Acara ini telah dimenangi pasangan Pengarah Penjara Taiping, PKKP Tan Tien Heng yang berpasangan dengan KIP Sharudin b. Ismail. Acara lain yang dipertandingkan ialah, Kategori berpasukan yang meliputi acara perseorangan 2, beregu 2 dan 1 veteran. Kategori ini dibolot pasukan Kelantan A, diikuti Perak A, Perak C dan Negeri Sembilan.Kategori Perseorangan Lelaki Terbuka,Johan Wajara Razik b. Sarbini(Sarawak), Naib Johan Wajara Zulkaria (Selangor B), Beregu Lelaki Terbuka,Johan ialah pasangan Wajara Zaki dan Shahrulnizam (Selangor A). Naib Johan pasangan Wajara Nazlan dan Wajara Zahir(Selangor C). Beregu Lelaki Veteran diungguli pasangan Kpl Azlan Dan Deraman (Kelantan B) dan Beregu Wanita Terbuka dimiliki oleh pasangan Jamaliah dan Mazuin daripada Selangor C, Naib Johan bagi kategori ini juga di kuasai pasangan daripada Selangor C ( Shazlin dan Noreza).
Y. Bhg Komisioner Jeneral Penjara Dato' Haji Zulkifli b. Omar yang turut mengambil bahagian dalam acara VIP berpasangan dengan PKK Mat Rasid b. Jahlil mendapat tempat ketiga daripada 10 regu bagi acara tersebut. Y. Bhg Dato'Haji Zulkifli b. Omar yang hadir bersama Y. Bhg Datin Noraini Bt Hj. Man telah menyampaikan hadiah kepada pemenang dan cenderahati kepada pengurus-pengurus pasukan sebelum menyampaikan ucapan perasmikan Penutupan Kejohanan Badmiton Jabatan Penjara MalaysiaTahun 2009.